Thursday, 5 April 2012
Wednesday, 4 April 2012
RANCANGAN MENGAJAR
RANCANGAN MENGAJAR
Nama Kelas : Tadika Generasi Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Bilangan Murid : 23/25 Orang
Umur : 5 Tahun
Minggu & Hari : Minggu ke3, isnin
Tarikh : 16/01/2012
Cadangan Masa : 40 minit (9.20-10.00 am )
Tema : Haiwan Peliharan
Tunjang Utama : Tunjang Sains dan Teknologi - Awal sains (ST)
Tunjang disepadukan : Tunjang berkomunikasi- Bahasa Malaysia (BM)
: Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika-Kreativiti (KTI)
Standard Pembelajaran Utama :
(ST 3.4.5) Mengecam tempat tinggal haiwan (contoh: kucing-rumah, ayam-reban, itik-kolam, lembu-padang, kerbau-sawah, katak-air dan darat, ikan-air, burung-pokok).
Standard Pembelajaran yang disepadukan:
I. (BM 2.2.4) Bersoal jawab secara spontan
II. (KTI 1.1.5) Mewarna gambar dalam ruang tertentu
Objektif Pembelajaran: Diakhir Pengajaran, Murid Boleh:
I. Murid-murid dapat mengecam haiwan peliharaan dan tempat tinggalnya.
II. Memupuk sikap berani bersoal jawab diantara murid dan guru.
III. Murid-murid boleh mewarna dengan cantik mengikut arahan yang diberikan.
Pengetahuan Sedia Ada: Sebilangan murid sudah Mengecam tempat tinggal haiwan
Penerapan Nilai : Memberi perhatian, bekerjasama, bertoleransi dan memupuk naluri ingin tahu kanak-kanak.
Alat Bantu Mengajar ( ABM): LCD, Laptop, pembesar suara.
KBKK: Menjana idea.
LANGKAH MASA | AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | CATATAN | ||
AKTIVITI GURU | AKTIVITI MURID | |||
Set Induksi 5 minit (9.20-9.25am) | -Guru masuk ke kelas dengan membawa seekor burung kakak tua yang comel berserta sangkar burung. -Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang mereka akan pelajari sebentar nanti. -Guru memberitahu kepada murid-mutid tentang apa yang akan mereka pelajari pada hari ini. | -Murid-murid melihat dengn perasaan teruja serta tertanya-tanya. -Murid member pelbagai jawapan. -Murid-murid faham mereka akan belajar tentang Mengecam tempat tinggal haiwan. | ABM: Burung kakak tua dan sangkar burung. OBJEKTIF: - NILAI: memberi perhatian KBKK: Menjana idea | |
Langkah 1 10 minit (9.25-9.35am) | -Guru menerangkan kepada murid-murid bahawa mereka akan belajar tentang Mengecam tempat tinggal haiwan peliharaan. - Guru menggunakan LCD memperlihatkan gambar-gambar haiwan peliharaan serta tempat tinggalnya. (contoh: kucing-rumah, ayam-reban, itik-kolam, lembu-padang, kerbau-sawah, katak-air dan darat, ikan-air, burung-pokok). -Guru menerangkan dan menunjukkan bermacam-macam jenis haiwan peliharaan dengan tempat tinggalnya.. | -Mendengar dan memberi perhatian. -Murid-murid melihat pada LCD yang dipasang oleh guru iaitu gambar haiwan peliharaan dan tempat tinggalnya. -Murid-murid mendengar penerangan guru berkaitan bermacam-mcam jenis haiwan peliharaan dengan tempat tinggalnya | ABM: LCD, laptop. OBJEKTIF: Mengecam tempat tinggal haiwan peliharaan. NILAI: menumpuhkan perhatian KBKK: Menjana idea | |
Langkah 2 10 minit (9.35-9.45am) | -Guru meminta murid-murid membuat 4 kumpulan setiap kumpulan mempunyai 3 atau 4 orang ahli. -Guru meminta satu persatu kumpulan murid kehadapan untuk menbuat perisian yang telah disediakan iaitu mewarna gambar haiwan peliharaan. | -Murid-murid berada dalam kumpulan masing-masing. -Satu persatu kumpulan murid kehadapan untuk menjawab soalan yang disediakan dalam komputer. | ABM: perisian dalam komputer. OBJEKTIF: dapat mengecam haiwan peliharaan dan tempat tinggalnya. NILAI: memberi perhatian, berinteraksi secara baik dan berkerjasama. KBKK: Menjana idea | |
Langkah 3 10 minit (9.45-9.55am) | -Guru memasang LCD dan menayangkan lagu burung kakak tua. -Guru meminta murid-murid berdiri dan menyanyikan lagu berserta membuat gerakan masing-masing. | -Murid-murid berdiri dn menyanyikan lagu dengan gerakan masing-masing mengikut muzik. | ABM: LCD, laptop, pembesar suara. OBJEKTIF: Boleh mewarna dengan cantik dan menyanyi lagu mengikut rentak dengan iringan muzik. NILAI: memberi perhatian KBKK: Menjana idea | |
Penutup 5 minit (9.55-10.00am) | -Guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang apa yang mereka pelajari sebentar tadi. -Guru membuat imbas kembali tentang pembelajaran yang telah dipelajari sambil menayangkan gambar-gambar haiwan dan tempat tinggalnya menggunakan LCD. | -Murid-murid menjawab persoalan guru dengan semangat dan seronok. -Murid-murid mendengar dan memberi perhatian sambil mengingat kembali pembelajaran yang telah mereka pelajari sebentar tadi. | ABM: LCD, Laptop. OBJEKTIF: Sebilangan murid sudah dapat mengecam tempat tinggal haiwan jinak. NILAI: memberi perhatian. KBKK: Menjana idea. | |
Impak
Di akhir pembelajaran 23/25 orang murid dapat mengecam tempat tinggal haiwan peliharaan contohnya, burung tinggal dalam sangkar, kambing tinggal dalam kandang, ayam tinggal dalam reban dan dua orang murid tidak mencapai objektif pembelajaran kerana tidak hadir, bimbingan akan diberikan kepada murid yang tidak hadir. Melalui aktiviti ini murid-murid dapat belajar melalui ICT iaitu mewarna dalam perisian yang disediakan oleh guru dengan baik dengan bimbingan guru. Selain itu, dapat memupuk sikap kerjasama, bertoleransi dan bersosial secara baik dengan rakan-rakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)