Wednesday, 4 April 2012

RANCANGAN MENGAJAR


                                                           RANCANGAN MENGAJAR

Nama Kelas                           : Tadika Generasi Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Bilangan Murid                     : 23/25 Orang
Umur                                      : 5 Tahun
Minggu & Hari                      : Minggu ke3, isnin
Tarikh                                    :  16/01/2012
Cadangan Masa                    : 40 minit (9.20-10.00 am )
Tema                                      : Haiwan Peliharan                             
Tunjang Utama                     :  Tunjang Sains dan Teknologi - Awal sains (ST)
Tunjang disepadukan           : Tunjang berkomunikasi- Bahasa Malaysia (BM)
: Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika-Kreativiti (KTI)
Standard Pembelajaran Utama :
 (ST 3.4.5) Mengecam tempat tinggal haiwan (contoh: kucing-rumah, ayam-reban, itik-kolam, lembu-padang, kerbau-sawah, katak-air dan darat, ikan-air, burung-pokok).
Standard Pembelajaran yang disepadukan:
             I.             (BM 2.2.4) Bersoal jawab secara spontan
          II.             (KTI 1.1.5) Mewarna gambar dalam ruang tertentu
Objektif Pembelajaran: Diakhir Pengajaran, Murid Boleh:
         I.            Murid-murid dapat mengecam haiwan peliharaan dan tempat tinggalnya.
      II.            Memupuk sikap berani bersoal jawab diantara murid dan guru.
   III.            Murid-murid boleh mewarna dengan cantik mengikut arahan yang diberikan.
Pengetahuan Sedia Ada: Sebilangan murid sudah Mengecam tempat tinggal haiwan
Penerapan Nilai : Memberi perhatian, bekerjasama, bertoleransi dan memupuk naluri ingin tahu kanak-kanak.
Alat Bantu Mengajar ( ABM): LCD, Laptop, pembesar suara.
KBKK:   Menjana idea.


LANGKAH
MASA


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


    CATATAN

   
        AKTIVITI GURU
 
     AKTIVITI MURID

Set Induksi

5 minit
(9.20-9.25am)
-Guru masuk ke kelas dengan membawa seekor burung kakak tua yang comel berserta sangkar burung.
-Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang mereka akan pelajari sebentar nanti.
-Guru memberitahu kepada murid-mutid tentang apa yang akan mereka pelajari pada hari ini.

-Murid-murid melihat dengn perasaan teruja serta tertanya-tanya.

-Murid member pelbagai jawapan.


-Murid-murid faham mereka akan belajar tentang Mengecam tempat tinggal haiwan.

ABM: Burung kakak tua dan sangkar burung.

OBJEKTIF: -

NILAI: memberi perhatian

KBKK:
 Menjana idea

Langkah
1
10 minit
(9.25-9.35am)
















-Guru menerangkan kepada murid-murid bahawa mereka akan belajar tentang  Mengecam tempat tinggal haiwan peliharaan.
- Guru menggunakan LCD  memperlihatkan gambar-gambar haiwan peliharaan serta tempat tinggalnya. (contoh: kucing-rumah, ayam-reban, itik-kolam, lembu-padang, kerbau-sawah, katak-air dan darat, ikan-air, burung-pokok).
-Guru menerangkan dan menunjukkan bermacam-macam jenis haiwan peliharaan dengan tempat tinggalnya..

-Mendengar dan memberi perhatian.



-Murid-murid melihat pada LCD  yang dipasang oleh guru iaitu gambar haiwan peliharaan dan tempat tinggalnya.




-Murid-murid  mendengar penerangan guru berkaitan
bermacam-mcam jenis haiwan peliharaan dengan tempat tinggalnya

ABM: LCD, laptop.

OBJEKTIF: Mengecam tempat tinggal haiwan peliharaan.

NILAI: menumpuhkan perhatian

KBKK:
 Menjana idea

Langkah
2
10 minit
(9.35-9.45am)













-Guru  meminta murid-murid membuat 4 kumpulan setiap kumpulan mempunyai 3 atau 4 orang ahli.

-Guru meminta satu persatu kumpulan murid kehadapan untuk menbuat perisian yang telah disediakan iaitu mewarna gambar haiwan peliharaan.  

-Murid-murid berada dalam kumpulan masing-masing.



-Satu persatu kumpulan murid kehadapan untuk menjawab soalan yang disediakan dalam komputer.
ABM: perisian dalam komputer.

OBJEKTIF: dapat mengecam haiwan peliharaan dan tempat tinggalnya.

NILAI: memberi perhatian, berinteraksi secara baik dan berkerjasama.

KBKK:
 Menjana idea

Langkah
3
10 minit
(9.45-9.55am)

-Guru memasang LCD dan menayangkan lagu burung kakak tua.

-Guru meminta murid-murid berdiri dan menyanyikan lagu berserta  membuat gerakan masing-masing.




-Murid-murid berdiri dn menyanyikan lagu dengan gerakan masing-masing mengikut muzik.



ABM: LCD, laptop, pembesar suara.

OBJEKTIF: Boleh mewarna dengan cantik dan menyanyi lagu mengikut rentak dengan iringan muzik.
NILAI: memberi perhatian
KBKK:
 Menjana idea

Penutup

5 minit
(9.55-10.00am)
-Guru bersoaljawab dengan murid-murid tentang apa yang mereka pelajari sebentar tadi.

-Guru membuat imbas kembali tentang pembelajaran yang telah dipelajari sambil menayangkan gambar-gambar haiwan dan tempat tinggalnya menggunakan LCD.


-Murid-murid menjawab persoalan guru dengan semangat dan seronok.

-Murid-murid mendengar dan memberi perhatian sambil mengingat kembali pembelajaran yang telah mereka pelajari sebentar tadi.


ABM: LCD, Laptop.
OBJEKTIF: Sebilangan murid sudah dapat mengecam tempat tinggal haiwan jinak.
NILAI: memberi perhatian.

KBKK:
 Menjana idea.

Impak
Di akhir pembelajaran 23/25 orang murid dapat mengecam tempat tinggal haiwan peliharaan contohnya, burung tinggal dalam sangkar, kambing tinggal dalam kandang, ayam tinggal dalam reban dan dua orang murid tidak mencapai objektif pembelajaran kerana tidak hadir, bimbingan akan diberikan kepada murid yang tidak hadir. Melalui aktiviti ini murid-murid dapat belajar melalui ICT iaitu mewarna dalam perisian yang disediakan oleh guru dengan baik dengan bimbingan guru. Selain itu, dapat memupuk sikap kerjasama, bertoleransi dan bersosial secara baik dengan rakan-rakan.
























No comments:

Post a Comment